Khamis, Disember 10, 2009

Nasihat dan doa untuk pasangan baru.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Cuti sekolah boleh dikatakan musim orang berkahwin, atau bahasa yang lebih elok ialah musim orang bernikah. Setiap hari Sabtu dan hari Ahad iaitu hari cuti akan dipenuhi dengan jemputan kahwin. Kepada mereka yang baru berkahwin atau baru mendirikan rumahtangga saya ucapkan "Selamat Pengantin Baru".

Kepada pasangan yang baru memasuki gerbang perkahwinan ingatlah bahawa perkahwinan adalah merupakan tanggungjawab, peliharalah rumahtangga dengan penuh kasih sayang. Jadikan rumahtangga kita sebagai jambatan untuk ke syurga. Perkahwinan merupakan kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab. Andaikata suami dan isteri bijak mengurus rumahtangga serta disulami dengan rasa penuh tanggungjawab yang sebenarnya, rumahtangga merupakan "Syurga" dunia yang tidak ada tolok bandingnya. tapi sebaliknya ia akan bertukar menjdai "neraka" sekiranya rukun rumahtangga tidak dipatuhi.


Kepada suami, sayangilah isterimu sepenuh hati dan jiwa kerana Allah, dan kepada isteri, sayangilah suami mu dengan sepenuh hati dan redha. Terimalah seadanya.Jangan jalani kehidupan diluar kemampuan. Jagalah amanah kasih sayang diantara kamu berdua. Jangan sekali-kali kepercayaan dan kasih sayang itu dinodai. Silap langkah, salah perhitungan, keinginan yang melampau serta melangkau kemampuan yand wujud, nescaya cahaya rumahtangga yang terang benderang akan bertukar menjadi gelap gelita yang tidak akan seterang cahaya pada mula-mula ia dibina sekiranya ia dibina semula.

Semoga kalian hidup dengan penuh kasih sayang dan rumahtangga anda diberkati Allah SWT. Amin.










4 ulasan:

maiyah berkata...

perkongsian ilmu yg baik buat pasangan baru.. moga mrk akan kekal hingga ke ank cucu :)

zino berkata...

hujung minggu ni ada banyak lagi jemputan....

AeNa Helaena berkata...

kata2 yg baik utk abng saya yg akan bernikah esok..

T.u.Y.a berkata...

salam Pk..
Tuya pun rasa mcm pengantin baru gak..heheheheh..pasan!!!

cantik la cat baru rumah ni..ingat td salah rumah..hehehhe