Rabu, November 25, 2009

Kenangan-Wukuf di Arafah.

Waktu wukuf hampir tiba.

Gambaran semasa wukuf di Arafah

WUKUF DI ARAFAH

Pagi tadi saya menerima sms dari Zedmagel yang menyatakan bahawa dalam beberapa jam lagi beliau dan rakan-rakan bakal haji akan bergerak ke Padang Arafah untuk berwukuf. Ini adalah merupakan kemuncak haji. Bila saya mendapat sms ini, terkenangan saya semasa saya mengerjakan haji pada tahun 2001/2002 dahulu, segala-galanya masih terbayang. Dan salah satu tempat yang menjadi tumpuam ialah Jabal Rahmah.

Jabal Rahmah

Jabal rahmah yang berarti bukit atau gunung kasih sayang, diyakini umat Islam sebagai tempat bertemunya antara Nabi Adam AS dengan isterinya Siti Hawa, setelah diusir oleh Allah dari Surga. Keduanya diusir setelah melanggar larangan Allah, yakni memakan buah Khuldi, akibat tergoda bujuk rayu Iblis.

Riwayat lain menyebutkan, Adam diturunkan di bukit Shafa dan Siti Hawa di bukit Marwah. Sedangkan riwayat lain menyebutkan Adam AS diturunkan di antara Makkah dan Thaif. Ada pula yang berpendapat Adam di turunkan di daerah India, sementara Hawa diturunkan di Irak.

Kenangan bersama Haji Aris bin Hashim dari Muar Johor semasa di Mina
berlatar belakang khemah-khemah di Mina

Kenangan semasa di Mina

Kenangan bersama isteri di lapangan Terbang Jeddah
dalam perjalanan balik ke Malaysia.



4 ulasan:

Hunny berkata...

Salam Wak Kuntong,

Banyak ker kenangan Wak Kuntong nie... Alhamdulillah.. Haji Wahnuar..

Maiyah berkata...

bila tgk mekah ni mmg slalu pikir dpt ke sy pegi nanti

KUNTONG berkata...

Hunny:
Org yg dah lama mcm sya ni,tntu ler bnyk knangan yg x mudah dilupakn.

KUNTONG berkata...

Maiyah : Sya doakan agar Maiyah dpt ke sana. Banyakkan baca selawat haji (tnya pada ustad). Insaallah Allah swt akan makbulkan cita-cita yang baik itu.(walaupun Maiyah mempunyai masallah)Tuhan maha kaya.Dan jangan putus asa, BERDOA.