Rabu, Oktober 14, 2009

SIREH

Nenek kita dahulu suka makan sireh
dan boleh dikatakan setiap rumah ada di tanam pokok sireh,
ini kerana peranan sireh amat penting dalam budaya orang zaman dahulu.
Oleh kerana selalu makan sireh, walaupun sudah tua, tetapi gigi orang dahulu
amat tahan dan jarang-jarang dari mereka yang rosak giginya.
Zaman moden ini peranan sireh sudah berkurangan, sireh cuma digunakan di dalam majlis-majlis pertunangan atau perkahwinan. Itupun hanya digunakan sebagai hantaran atau hadiah yang wajib diadakan. Ia dipanggil Sireh Junjung.
Daun sireh,pinang, kapor dan gambir jadi kesukaan nenek kita zaman dahulu
Ia menjadi menu utama yang mula-mula dihidangkan kepada tetamu kita.


Sireh junjung hanya digunakan dalam majlis pertunangan sebagai hadiah utama yang
mengiringi hantaran-hantaran atau hadiah-hadiah lain. Daun sireh temu urat

Orang kata sireh temu urat ini banyak gunanya. Selain untuk digunakan dalam perubatan tradisional melayu, ia juga digunakan sebagai "penyeri muka".Tetapi sebelum memakannya
sireh itu hendaklah dijampi. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu
tentang jampi penyeri muka.

Disubuh hening terdengar takbir
Suaranya merdu jelas dikata
Embun pagi udara nya bersih:
Bila tersenyum terukir dibibir
Seri wajah naik ke muka
Bertemu urat bertemu kasih.

Kegunaan sireh di zaman moden.


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amboi Cikgu, dah jd penjual barangan sireh ker???

promote le nih!!

Dee berkata...

x makan sireh..pahit..hehehe..

KUNTONG berkata...

Jaja: Tak lah jaja, cuma teringatkan daun sireh

KUNTONG berkata...

Pantun utk Dee:
jangan bermain di tepi parit,
nnti terpijak si anak ikan;
walau sireh rasanya pahit,
naik seri bila dimakan.

Maiyah berkata...

makan sireh pun ting tong gak :D

Unknown berkata...

wah pakcik citer sireh junjung plk, mcm nk g meminang je...utk sapa pakcik?

Neeza.Areef berkata...

eh rumah pakcik ade pokok sireh kaN????

KUNTONG berkata...

Maiyah : kalau selalu makan, x akan ting-tong, tapi tong-ting.

KUNTONG berkata...

ngku: x lerr ngku, cuma mengimbas kembali kisah-kisah lama.

KUNTONG berkata...

Neezaree: memang ada..awak nak ke...x kan utk Neeza kot !

eiz berkata...

salam..
wak mmg kite ni brkait sedara..
sye pgil sedara wak tu uteh menah dn suami nye uteh muslimin..
dua2 dh arwah..
tgal anak2 nye saje di kmpung..

KUNTONG berkata...

sya anak arwah pak itam mampan (cikgu hashim dan ada kait mengait dgn cikgu dolah kamat tongkang pecah)
kalau begitu awak ni ada kaitan dgn pelakon norman hakim) he...he...

eiza in the house.. berkata...

sireh oh sireh..
mana sireh yg bertemu urat tu..hehe