Isnin, Oktober 05, 2009

Nampaknya internet pun dah macam ok....ALHAMDULILLAH......mudah-mudahan ia terus baik dan lancar.
Nak cakap fasal raya...raya dah hampir nak sampai penghujung. Tapi bagi orang lama-lama macam saya ni, berhariraya baru nak bermula. Ya....lah kalo mula-mula tu..kita tunggu umah aja. Takut-takut ada orang datang tapi kita tak ada. Terutamanya anak saudara.
Raya kali ni memang ramai yang nak datang tetapi saya tidak ada di rumah. Maaf lah ya. Sebenarnya pada raya kali ini saya memang sangat sibuk. Apa taknya, raya kedua dan raya ketiga asyik di luar daerah. Ini disebabkan salah seorang dari keluarga saya (isteri kepada ipar saya) kemalangan di Pontian. Dan akibatnya kakinya patah tiga, dan sekarang dah balik ke rumahnya di Pasir Gudang setelah dirawat di hospital pakar JB.

Bagi saya, selagi tertera kalender bulan Syawal, selagi itulah raya masih boleh diraikan. Dan ucapan mohon maaf tu boleh diucap sepanjang tahun. Kan bagus tu, minta maaf bila kita buat khilaf.

2 ulasan:

Maiyah berkata...

wah.. raya lagi yerk.. takpe mmg wajib ziarah menziarahi :)

TuYa berkata...

salam Pk..
Tuya sedih nih..uwaaaa!!!
nak g jugak..nak g jugak2..
( sambil guling2 )

ko dah kenapa Tuya..buang tebiat?hehehe..
selamat hari raya..