Rabu, Julai 22, 2009

Sendiri mau ingat la.....

Renungan bersama :
[1tun.jpg]
Kami hanya pertahan hak kami, kami tidak akan ambil bahagian orang lain. Kami tidak kacau.....

Apa kata Tun Dr Mahathir..........(sebahagian sahaja)
Untuk renungan bersama : (Dipetik dari Berita Harian 21.7.2009)


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bukan Melayu perlu mengambil kira pengorbanan orang Melayu yang sudah banyak berkorban bagi memenuhi tuntutan kaum lain demi keamanan dan perpaduan negara.

Sehubungan itu, katanya, jika mereka (kaum lain) menjadi Melayu, mereka perlu bertanya diri sendiri sama ada orang Melayu perlu berkorban segala-galanya bagi memenuhi tuntutan kaum lain.

"Saya berpendapat jika negara mahu aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum perlu adil walaupun tidak sama. Janganlah mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah.

Beliau berkata, selepas 39 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB), Bumiputera yang bilangannya hampir 60 peratus daripada jumlah penduduk, hanya mendapat 20 peratus kekayaan dan ekuiti walaupun matlamat asal 30 peratus.

Katanya, ia berbeza dengan kaum lain yang walaupun mewakili 26 peratus daripada populasi penduduk, mendapat hampir 50 peratus kekayaan negara.

Katanya, ia berbeza dengan kaum lain yang walaupun mewakili 26 peratus daripada populasi penduduk, mendapat hampir 50 peratus kekayaan negara.


Renungilah untuk generasi akan datang.







6 ulasan:

Hunny berkata...

salam wak kuntong

Tukar saja nama negara kepada Tanah Melayu, baru orang bukan Melayu sedar, ini bukan Tanah mereka, mereka menumpang ajer..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam pak cik,

Syabas! Orang kuat PERKASA hehehe

Ungku Nor berkata...

melayu masih ramai yang tidur la wak..

Unknown berkata...

salam pkck,
maaf tanyer pkck, pribumi perkasa negara tu per pkck?...kelab blogger ker..?

Dee berkata...

setuju ngan ungku nor..melayu masih ramai yg malas..keje malas, sumer malas..hatta gi ngundi pun malas..abih camana...

KUNTONG berkata...

Hunny:
masakini bukan melayu sudah berani memohon yg bukan-bukan.melayu perlu brsatu.

amirhamzah: awak apa kurangnya.saya hanya melukut ditepi gantang.ada tak nampak lebih, tiada tak nampak kurang.

ungku Nor : kita kena kejutkan, bangsa lain pun tido tapi tidor kerana senanghati, kita tido kerana lapar.

ngku : PERKASA ialah NGO peribumi yang berjuang mmpertahankan hak melayu dan institusi diraja, dan isi perlembagaan.yang membela nasib peribumi. Nak join ?

Dee: bangkitlah bangsaku agar bumi dipijak tidak hilang dengan isi-isinya.