Jumaat, Julai 17, 2009

Kenangan Mengusik Jiwa 1957.

Kenangan mengusik Jiwa:
Penambang kini menjadi Kampung Peserai Penambang
( bekas laluan kenderaan untuk naik ke feri di sekitar tahun 50an,60an dan awal 70an )

Pagi Jumaat 17hb. Julai 2009, saya memandu ke satu kawasan yang sudah lama tidak dikunjungi, walaupun tempat itu tidaklah berapa jauh tetapi oleh kerana tempat itu terletak diluar jalan-jalan harian saya. Tempat itu dipanggil "Peserai Penambang".

Dulu setiap hari tempat ini sentiasa penuh dengan orangramai yang berulang alik dari Muar ke Batu Pahat dan sebaliknya. Untuk ke bandar Penggaram (Bandar Batu Pahat) kita terpaksa menyeberang Sungai Batu Pahat dan kenderaan seperti kereta dan lori terpaksa naik feri, dan orangramai kena naik sampan atau pun bot tambang.

Sampan berenjin, digunakan oleh penduduk sekitar / kampung berdekatan
untuk ke bandar di seberang. Dulu sampan menggunakan pengayuh.

Saya adalah salah seorang yang terpaksa menyeberang sungai ini setiap hari bersama-sama basikal buruk dengan menaiki sampan, untuk pergi ke sekolah High School dalam tahun 1957. Sebelum sampai ke Peserai Pantai atau penambang, saya terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 km dari kampung.

Bangunan tempat menunggu sampan atau bot untuk menyeberang ke Bandar Penggaram sekita tahun 1950an dan 60an.
Sekarang kelihatan terbiar dan buruk

Semenjak jambatan Batu Pahat dibina, tempat ini sudah tidak dikunjungi lagi. Sekarang tempat ini menjadi sebuah kampung nelayan yang dipanggil "Peserai Pantai".


Kelihatan Bandar Penggaram dari seberang Kampung Peserai Pantai

Suasana bandar Penggaram berhampiran pasar awam

Sekarang tempat ini terbiar, walaupun disekelilingnya terdapat beberapa buah kampung serta sebuah gudang beras Syarikat Faizah yang sudah tidak beroperasi kerana berpindah ke kawasan lain. Kampung-kampung berhampiran adalah kampung yang dibina selepas tempat ini tidak digunakan lagi.

Jikalau tempat ini diusahakan dan dijadikan satu kawasan rekreasi, saya pasti, tempat ini akan menjadi satu kawasan pelancongan yang popular. Kawasan yang perlu diusahakan ialah dari kawasan jambatan ke kawasan penambang.


Mudek sampan sampai ke hulu,
Sambil memancing si anak pari;
Bila terkenang masa dahulu,
Membuat kita tersenyum sendiri.




4 ulasan:

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Saya masih terkenang semasa menaiki feri dari perserai ke bandar ngarem dan sewaktu balinya. Tambang 20 sen atau 10 sen masa tu. Masih terdengar bunyi enjin feri berkenaan waktu mula dihidupkan.

Bau asapnya memualkan tekak dan jika jauh sikit mungkin saya muntah.

zai berkata...

Salam Pak Kuntong..
Wah tahun 1957..lama tu..saya pun ntah kat mana masa tu..
apapun terima kasih kerana berkongsi cerita zaman lampau buat generasi yg dah ketinggalan spt kami.

KUNTONG berkata...

Zai dan zed:
nasib kanak-kanak sekarang memang baik kerana pergi sekolah naik bas, kereta atau motor.

Neeza.Areef berkata...

ade lg ya pakcik org menyeberang ikut laluan tuh...