Isnin, Julai 06, 2009

Kembali ke Rahmatullah.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin......

Hari ini Isnin 6hb. Julai,2009 .

Diberitakan bahawa Datuk Penghulu bagi Mukim 1 Lubok, Encik Samuri Bin Abd. Majid telah meninggal dunia pada jam 4.00 pagi di hospital Batu Pahat. Saya bagi pihak kawan-kawan dan kenalan dengan ini mengucapkan "Takziah" kepada keluarganya, dan kami berdoa semoga rohnya ditempatkan oleh Allah swt bersama-sama dengan orang yang beriman. Amin.

Semasa hidupnya Allahyarham adalah seorang penghulu yang mudah didampingi dan diajak berbual serta mudah membuat urusan dengannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.






Allahyarham Penghulu Samuri Bin Abd. Majid.

Dari Kuntong. 12.40 06.07.2009.


7 ulasan:

neezareef berkata...

takziah dan alfatihah

eiza in the house.. berkata...

alfatihah..
moga rohnya dicucuri rahmat..
takziah juga utk keluarga beliau..
rasenya mcm ayah za kenal..

Leenoh berkata...

Salam.
Semoga Allah ampunkan dosanya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih.amin.

zaidi ali berkata...

Salam.

Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

amirhamzah64 berkata...

Tok Penghulu yang mudah didampingi dan disenangi. Mudah diajak berunding dan saya sering bertukar-tukar fikiran dengannya.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.

ngku berkata...

sudah lama tidak kesini pakcik...banyak cerita dah,..

wbp salam takziah utk keluarga beliau...

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,


Alfatihah..semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah jua..


Takziah juga utk keluarga beliau..
Saya di majlis pengkebumian beliau di Perkuburan Islam Pt Sangit. Mudah-mudahan sama-sama kita mendoakan kesejahteraan bagi rohnya.