Rabu, Julai 15, 2009

kalah dan menang -ada hikmahnya.

Untuk Melayu Islam.

yang menang ada kalahnya,
yang kalah ada menangnya.
yang menang tidak menang semua,
yang kalah tidak kalah semua.

pada yang menang
segala janji mesti ditunaikan,
jangan tunai untuk diri sendiri,
kerana janji telah sedia terperi
nanti Allah murka,
yang kalah perlu muhasabah diri,

kini,
yang tinggal,
kenangan manis dan pahit,
fitnah, seranah telah dihamburkan,
dosa pasti tercatit,
kata nista telah dihamburkan,
pada sesama Islam,
kata diri Islam,
bila kempen semua tenggelam,
bagaimana ini akan diselesaikan ?

ingat...!
kita berpecah dua,
depa dok tengok dengan gembira,
melayu maki melayu,
Islam maki Islam,
depa dok kata,
ayya...ini Islam ke?

nanti,
sampai waktunya,
kita semua lemah, pecah,
depa datang, hentam kita bersama,
dan.....akhirnya,
melayu mati....masuk hutan,
jadi kera.....tak tentu hala,
menangis kemudian tidak berguna.

15.07.2009.



9 ulasan:

Dee berkata...

betul tu pak kuntong..menang kalah adat bertanding..

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Adat bertanding, tentulah ada yang kalah dan ada yang menang. Kalah akan menjadi arang, menang akan menjadi kayu terbakar.

Apabila antan dan lesung berlaga, ayam pasti kekenyangan.

Ada pepatah Melayu berkata, Ibarat dedalu, hinggap di dahan, dahan mati, Tumbuh dibatang pokok mati. Jika sesuatu kumpulan yang tidak baik wujud dalam sesebuah negara mereka akan merosakkan kumpulan yang baik lama kelamaannya. Mereka akan menjadi hampas suatu ketika nanti. Lalu jangan biarkan dedalu itu tumbuh.

zedmagel berkata...

Salam Kuntong,

Kalah tapi bermaruah.

MAWAR BERDURI berkata...

salam?

dari itu smua kena muhasabah diri. tak paham kenapa melayu lebih rela bersama dengan bukan melayu tapi kunun berjuang untuk agama nya (Islam)..hmmm bayak2 d org lah syurga bukan ketentuan dari manusia.

haz-ONE berkata...

yg sebelah sini memperjuangkan melayu...yg sebelah sini juga memperjuangkan melayu....perbedaan pendapat menyebabkan pecah belah..yg islam dikafirkan..yg bukan islam dimuliakan..sehingga keluar ayat sanggup bersahabat dengan syaitan..tapi bukan sesama melayu yang sesama bangsa..agama dan akar umbinya..bukan nak kata tak ada otak..cuma tidak berfikir di luar kotak..kulihat layu dalam melayu..

new entry.."termangu tanpa kata"..http://www.hazoneandwords.blogspot.com

rimajohor berkata...

Dee, zedmagel,Mawar berduri dan hazOne:

Amat sedih melihat senario ini, ada yg bertindak hanya untuk membalas dendam, bertindak tanpa berfikir panjang, tanpa memikirkan generasi keturunan melayu dalam 20 atau 30 tahun akan datang.Apa yang akan jadi pada masa itu. Kemungkinan waktu itu Melayu akan terpinggir lebih teruk dari sekarang. Depa memang merancang untuk kaumnya dalam jangka masa yang tersebut di atas. tetapi orang melayu tidak sedar akan perkara ini.

Entah...kpd Allah kita berserah...

rimajohor berkata...

Nasib baik Pas menang.Orang nya semua senyap. TAPI bagaimana kalau bn menang ? Sudah tentu, pengundi hantu lah, SPR tak betul lah, bn main kotor lah, beli undi lah.Hai...memang ana tidak faham dengan depa ni...terlalu taksub dengan pas...ingat pas bukan agama, tetapi sebuah pati politik.

mantis berkata...

sangat bagus klu kita dapat ingat mengingati antara kita. tapi bagai mana kita nak capai kesefahaman n kerja sama kita. sedangkan kita sendiri tunjuk lagak dgn bangsa kita sendiri..

KUNTONG berkata...

kefahaman yang sudah berkarat terhadap sesuatu yang tidak difahami akibat kata-kata atau pengaruh orang lain tidak akan membawa keberkatan untuk selama-lamanya.