JEJAK KENANGAN:
Setelah selesai urusan di Johor Baharu, saya bertolak balik ke Batu Pahat menyusuri jalan lama. Sengaja melalui jalan lama JB ke Air Hitam. Jalan inilah yang sering saya dan mungkin anda gunakan sebelum Highway dibina. Lagipun jalan ini tidak dikenakan tol, hanya cukai jalan yang kita tampal dicermin hadapan kereta yang dibayar setahun sekali. Jimat sikit.
Sesampai di Batu 30 Jalan JB=Air Hitam, iaitu di Kampung Ayer Manis, saya berhenti di satu deretan bangunan kedai. Saya minum teh di kedai seorang kawan lama Osman Ismail. Bila melihat bangunan ini saja, minda saya terus terkenang kembali pada tahun 1973. Di bangunan inilah saya bertugas. Dulu bangunan ini ialah bangunan kedai yang diubahsuai untuk dijadikan bangunan sekolah SRJK (C) YU HWA AIR MANIS KULAI. Semua gambaran meresap kembali, disinilah saya mengajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dimana murid-murid yang terdiri dari pelbagai kaum yang datang dari ladang getah berhampiran. Sekarang banguna ini telah bertukar kembali menjadi deretan kedai. Malang bagi saya kerana tidak dapat merakam gambar bangunan ini dari luar, kerana hujan lebat.
Setelah berbual lebihkurang satu jam, saya teruskan perjalanan untuk mencari salah seorang anak murid sekolah itu yang bernama Zaiton Bte Selamat dan sekarang diberitakan berniaga makanan di sebuah warong di persimpangan jalan masuk ke tol Sedenak. Semasa saya mengajar, dia baru berumur 10 tahun. Beliau adalah salah seorang murid berbangsa Melayu yang belajar di sekolah rendah aliran cina.
Semasa meninggalkan sekolah tersebut pada tahun 1979, beliau berumur 10 tahun, kini bertemu semula setelah lebih tiga puluh tahun tidak berjumpa.Kini beliau mempunyai 4 orang anak.
Begitulah.........keadaan sebagai seorang pesara.Juga sebagai seorang pengembara yang tidak diketahui bila akan sampai ke destinasi. Yang pastinya, ia akan tetap sampai.Terkenangkan kisah-kisah lalu kadangkala membuatkan kita bersemangat untuk terus hidup di persekitaran yang begitu berbeza dengan harapan dan ilusi kita di zaman dulu.
Apa yang diharapkan,agar dunia akan aman dan lebih maju, semoga hidup kita dan kehidupan generasi akan datang terus mendapat petunjuk dan hidayah Allah swt.
Zaiton Selamat, murid semasa tahun 1973-1979.
Bilik darjah menjadi deretan kedai.
Berniaga dari dulu hingga kini.
Ini hanyalah sebahagian dari beribu kenangan, yang mungkin tidak terdaya untuk diungkap kesemuanya. Semoga kenangan ini akan menjadi satu semangat untuk kita sebagai insan yang di jadikan oleh ALLAH SWT untuk menjadi penghuni di dunia yang fana' ini.
Sekian dari saya.
Mac,2009.
7 ulasan:
banyak kenangan tu....
Kenangan semasa bertugas,amat manis untuk renung kembali.
wah...
nostalgia...
wah..sy 1974 baru dilahirkan..kuikuikui..
Salam.
Masih banyak lagi kenangan manis tersirat di dalam kamus kehidupan yg lalu.
sy blom lahir lg PC...
PC ingt lg ye student PC, pdhal dh lame dh...kuat ingatn...
sy paling ske kenangn zmn skolah & zmn di kolej matrikulasi... :)
Kenangan mengusik jiwa. Nostalgia kekadang boleh membawa kita kembali seakan-akan muda dalam kekuatan minda dan idea.
Catat Ulasan