Sabtu, Julai 20, 2013
Jumaat, Julai 12, 2013
Selamat Berpuasa Kepada Umat Islam Se Malaysia.
Sambutan maulidur Rasul Daerah Batu Pahat.
Esok Jumaat 12 Julai 2013, bemakna kita umat Islam di Malaysia akan
menjalani ibadah puasa untuk hari ke 3. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna hingga ke akhirnya. mudah2an amalan puasa ini di terima oleh Allah SWT.
Di bulan yang barkah ini, marilah kita umat Islam bersatu dalam menentang anasir-anasir yang sedang mengancam seluruh umat Islam baik di luar atau di dalam negara kita.
Perpecahan umat Islam, adalah punca segalanya. Andai kita semua bersatu hati, pastinya musuh musuh Islam tidak berani untuk menentang kita.
Justeru marilah kita semua bersatuhati dan berdoa agar musuh musuh Islam akan lemah semangat untuk menggangu gugat umat Islam.
Ahad, Jun 16, 2013
BERSUA KEMBALI KAWAN-KAWAN
Hari ni Ahad 16.6.2013. Hari Bapa sedunia. Kepada insan yang bergelar bapa termasuklah saya sendiri, saya ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada kaum bapa di Malaysia. Sesungguhnya tanggungjawab sebagai bapa amat berat . Seorang bapa bertanggungjawab ke atas ahli keluarganya. Isteri dan anak-anak.
Hari ini juga saya akan menulis semula di dalam blog ini. Hampir setahun ruang ini di abaikan, hanya menjenguk sekali sekala. Semoga apa yang akan ditulis, dapat memberi panduan, nasihat dan cermin diri kepada saya dan kawan-kawan yang sudi membacanya. Berilah komen yang membina. Kita sama-sama nasihat menasihati, agar kita sama sama sentiasa di dalam SWT.
Sekian buat kali ini. Terima kasih.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Khamis, November 08, 2012
TAK TAU APA NAK DIKATA
Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. Entahlah kenapa. Mungkin sibuk dengan tugas-tugas yang tidak menentu ? Atau sudah tidak ada idea atau modal ? Padahal banyak cerita-cerita sensasi yang boleh kita tulis dan kemudian kita bincang bersama. Contohnya seperti soal bangsa dan negara. Soal perpaduan kaum, soal perpecahan Melayu, soal -soal akhlak anak-anak muda di zaman ini. Pendek kata keadaaan dunia dan penghuninya pada masa ini dalam keadaan gawat.
Langgan:
Catatan (Atom)