Rabu, Mei 26, 2010

Pasukan "Home Guard"



Pasukan Home Guard di zaman dharurat dahulu.

Pasukan kawalan kampung dari pelbagai bangsa diberi latihan untuk mempertahankan kampung dari serangan komunis durjana.

Bersemangat untuk mempertahankan negara


Berani dan bersemangat menjaga kampung dari ancaman musuh.



Selasa, Mei 18, 2010

Majlis pecah tanah Jejantas Spg. Lima, BP.

Majlis Pecah Tanah Jejantas



Majlis Pecah Tanah Jejantas Simpang Lima, Batu Pahat, Johor
telah disempurnakan oleh ADUN Semerah YB. Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin
pada Jam 9.45 pagi hari Isnin 18.5.2010.

Jejantas bernilai RM 1.3 juta akan dibina dihadapan
SMK Dato' Onn, Simpang Lima, Batu Pahat. Semoga dengan adanya jejantas tersebut, dapatlah ia menyelesaikan masalah lalulintas dan mengurangkan kadar kemalangan di hadapan sekolah tersebut.





Imej di sekitar majlis tersebut.

"Kuntong"

Rabu, Mei 12, 2010

I who have nothing . Ku tak punya apa-apa.


Hanya sekadar hiburan- terkenang semasa dahulu / Senikata yang memilukan hati.

TQ JururawatlSelamat Hari Jururawat.


SELAMAT HARI JURURAWAT
kepada semua jururawat di seluruh negara. Khasnya kepada EIZA IN THE HOUSE"
walaupun belum tamat latihan tetapi berhak menerima ucapselamat ini.
EIZA semoga anda berjaya !

Selasa, Mei 11, 2010

Seribu wajah satu hati





seribu wajah hatinya tetap satu





Seribu wajah tetapi tidak bermakna seribu helah, tapi ianya tetap satu.Biar buruk di mata tapi di hati tidak.Biar seribu mengata, biar jutaan menghina, tapi apa yang termetri dihati tak akan terhakis walaupun cair di bawah sinaran terik mentari, biar direndam dikhutub utara di dalam ketulan ais yang membeku, aku tetap aku....inilah AKU seadanya.

Ahad, Mei 09, 2010

Ditumbuk dahan pokok mempelam.


Ditumbuk dahan pokok pelam

Imej ini diambil setelah seminggu peristewa ini terjadi.

Inilah dahan pokok yang menumbuk dadaku

Aku memang patut bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya
pada hari ini aku masih hidup sihat walafiat dari segi fizikelnya,walaupun dari segi yang lain, ianya tidaklah seberapa. Mengapa aku kata begitu..?

Ini kerana pada minggu lepas, ketika aku cuba memotong dahan pokok mempelam yang lilitannya lebih kurang 12 inci serta dipenuhi dengan dahan-dahan kecil dan daun mempelam (lihat imej yang dipaparkan) telah menumbuk sebelah kanan dadaku, sebaik sahaja dahan itu putus digergaji. Ketika itu aku berada di atas tangga tingginya 12 kaki. Ini disebabkan aku berada dikedudukan yang salah.

Nasib baik aku tidak pitam dan masih lagi dapat mengawal diriku. Baju T yang aku pakai bertanda setengah bulatan kerana terkena getah pokok mempelam itu.

Syukur kerana masih hidup pada hari ini.



Jumaat, Mei 07, 2010

Pening, risau dan apa-apa lagi pun x tau !


Dalam 2/3 minggu ni aku asyik saja diminta oleh yang berkenaan menulis beberapa LAPORAN tentang beberapa perkara yang agak rumit.Malam ni aku baru saja habis buat laporan ke 6 dari beberapa laporan lain. Dan yang sedang menunggu sahaja membuatkan aku pening.Ditambah pula dengan "my own problems" yang mungkin x dapat aku selesaikan dengan mudah. Inilah yang menghantui aku dan membuatkan diriku semacam x lalu nak makan dan tidur. Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi situasi yang sudah aku jangka. Lembutkan hati-hati mereka agar sama-sama dapat menyelesaikan dengan baik, aman dan damai. Kata orang batu yang keras pun dapat dihancurkan dan dilembutkan dengan mudah...tetapi keras di kepala amat sukar untuk melembutkannya. Ya Allah ! Permudahkanlah urusan ini......dan berilah aku jalan agar ianya dapat ku selesaikan dengan mudah.Hanya kau sahaja yang dapat mempermudahkan urusan ku ini. Amin .......... (Sekian rintihan hatiku dari hati kecilku)


Isnin, Mei 03, 2010

NGUNDOH MANTU



Masjid Jamek Kg. Pt. Hj. Hashim, Spg. Rengam.

Hari Ahad 02.05.2010 ke Kampung Haji Hashim, Spg Rengam, kerana hantar pengantin anak saudara. Sempat solat Zuhur di masjid kampung tersebut dan kemudian bergambar bersama pengantin sebelum ke rumah pengantin lelaki.Kalau pengantin perempuan dijemput ke rumah pengantin lelaki itu dinamakan 'NGUNDOH MANTU" dalam bahasa Jawa.Tempat sanggah ialah di masjid, kerana rumah pengantin lelaki berhampiran dengan masjid.


Beraksi dengan menggunakan kipas pengantin.

Buai laju-laju, sampai cucur atap, senyum pengantin baru,
nek belayu ojo sampek ketatap.

Beraksi dengan Pengantin